-->

Perjalanan Dalam Hidupku..

aku melangkahkan kaki, berjalan, melihat, mentafsir, jatuh tersungkur lalu bangkit semula kemudian berjalan kembali ke destinasi….

sweet

LoVe


Sunday, February 5, 2012

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
  1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
  2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
  3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

 
Posted by AMIRAH95 at 3:24 PM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 22, 2012

Manshur bin AMMAR (Mati Lemas Kerana Bercinta Dengan Allah s.w.t.)

Ana terbaca sebuah buku yg bertajuk.."SEJARAH KEKERAMATAN 99 WALI ALLAH S.W.T". .
Menceritakn tentang wali-wali Allah s.w.t. antaranya Manshur bin Ammar.Ceritanya ialah...

Manshur bin Ammar r.a. berkata:
  Pada suatu hari,aku lihat ada seorg pemuda sedang khusyuk bersembahyang di dalam masjid.
Aku berkata dalam hatiku,tentu pemuda ini dari golongan para wali Allah.Aku duduk di situ sehingga
dia selesai dari sembahyangnya.Maka aku pun memberi salam kepadanya,dia menjawab salamku.
Seterusnya aku berkata kepadanya:
   'Sungguh khusyuk engkau bersembahyang!'komenku.Dia diam tidak berkata apa-apa,
hanya tersenyum sahaja.
  'Hai pemuda!'kataku.'Tahukah engkau bahawa di Jahannam itu ada suatu lembah yang 
dinamakan Lazha.Neraka itu mengupas kulit kepala.Dia memanggil-manggil org yg berpaling dari kebenaran.Juga org yg mengumpulkn harta dan menyimpannya!'
  Pemuda itu menarik nafas panjang.lalu jatuh pengsan.Setelah dia sedar,dia meminta aku menyambung lagi tentang berita-berita yang serupa itu,katanya:
  'Ada lagikah berita-berita tentang akhirat yg lain,mudah-mudahan Allah s.w.t. merahmatimu!'katanya.
  Aku pun membacakan pula ayat al-Quran sepertimana berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَنَ مَا يُؤْمَرُونَ


Ertinya:
 "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS, 66:6)

  Mendengar ayat tersebut,maka pemuda itu lalu rebah tidak berdaya lagi,dan disitulah juga dia telah menghembuskan nafasnya yg terakhir.Dia telah meninggal dunia,mudah-mudahan Allah mencucurkan rahmat-Nya ke atas arwah beliau.
  Aku menguruskan jenazahnya,ketika menanggalkn pakaiannya untuk memandikan,aku lihat tertulis di dadanya dengan pen Qudrat Illahi:Dia berada di dalam kehidupan yg diredhai.Di taman syurga yg tinggi,buah-buahannya berjuntai-juntai untuk dipetik!
  Aku lalu memandikannya,kemudian mengkafankannya.Sesudah itu aku sembahyangkan ia serta mengebumikan.
  Pada malamnya,aku lihat dalam mimpiku dia sedang duduk berehat di atas katil emas dan di kepalanya terletak sebuah mahkota emas yg dibaluti dengan mutiara yg berkilau-kilauan,sedang dia senang dan bahagia.Lalu aku bertanya kepadanya:
 'Apa yg dilakukan Allah terhadapmu?'
 'Allah telah mengampuniku serta memberiku pahala seperti pahala ahli Badar,malah diberiku lebih dari itu,'jawabnya kepadaku.
'Kenapa sampai begitu?'aku bertanya kepadanya 
'Sebab mereka terbunuh dengan pedang kaum Musyrikin,manakala aku mati kerana lemas daripada kecintaan Allah Maha Pengampun Maha Perkasa!'
Itulah ceritanya...harap-harap cerita ini boleh jd pedoman hidup kita..  
Gambar Hiasan
 
Posted by AMIRAH95 at 6:20 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome..


Mengenai Saya

My photo
AMIRAH95
KUANTAN, PAHANG, Malaysia
Seorang Hamba ALLAH yg diamanahkan menjadi Khalifah di Dunia ini,insya-Allah. Dilahirkan di HTAA,Kuantan. Ingin mencari KEREDHAAN Illahi..
View my complete profile

Facebook

Amirah Ismail

Reka Lencana Anda

Kalender Islam

MAse Terus B'detik

Salat times for Bandar Chini, ٢٦٦٩٠ Chini, Pahang, Malaysia
Jalan. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

Suara Kedamaian..

Pelawat

Nama2 Allah


visitor

hit counter
hit counter

Followers

Arkib Blog

  • ▼  2015 (1)
    • ▼  March (1)
      • Wajib TAHU!! Inilah 10 Perkara Yang Dilarang Bagi ...
  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (12)
    • ►  December (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (2)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)

rest the mind...

tutorial here [close]

I love My Blog

get this widget here

My Blog List

AMIQA 95. Theme images by konradlew. Powered by Blogger.